Dahulu Barisan Alternatif

Kini Barisan Imaginatif 

Oleh Baba Haizal Baba Zain 

DAP di jangka menerima keputusan kekalahan yang lebih buruk dari pilihanraya  umum 1999 . Ini adalah kerana PAS dan Keadilan iaitu sekutunya  tidak langsung menunjukkan komitmen yang serius dan jujur terhadap DAP   . PAS dan Keadilan nampaknya hanya berdiam diri  sekadar menjadi tukang sorak di luar gelanggang  semata-mata . 

Jelas di sini bahawa pakatan Barisan Alternatif adalah pakatan rapuh dan sandiwara dan bersifat sementara sahaja . Pakatan ini hanyalah bertujuan mengkaburi mata rakyat Malaysia. Bibit - bibit perpisahan , perpecahan dan kehancuran Barisan Alternatif kini sudah mula kelihatan terang dan nyata .  

Dahulu mereka gah dan dikenali sebagai Barisan Alternatif  tetapi kini sudah lemah longlai dan hanya tinggal sebagai Barisan Imaginatif .  

DAP awal awal telah menerima hakikat kekalahan apabila setiausaha Agungnya Kerk Kim Hock berkata beliau menganggarkan sokongan terhadap parti yang bertanding pada masa ini sebagai 45 peratus kepada DAP, manakala 55 peratus lagi memihak kepada BN . 

DUN Ketari mempunyai 17143 pengundi iaitu 6706 (Melayu),9228 ( Cina) ,893 (India) 223 ( Orang asli) dan 93 lain-lain kaum iaitu Bumiputera Sabah dan Sarawak .  Menurut tinjauan yang di buat ,Keadilan dan PAS mempunyai penyokong-penyokongnya yang tersendiri . 

Oleh yang demikian tanpa jentera PAS dan Keadilan  turun berkempen , jentera UMNO sudah tentu mempunyai kelebihan berkempen keatas seramai 6706 pengundi Melayu dan ini merupakan faktor terpenting yang akan membawa kemenangan majoriti yang lebih besar kepada Barisan  Nasional                                                                            

Walau apa pun ramalan dan senario sekarang ini , Janganlah pula kita tersenyum dengan nafas lega dan akhirnya lupa  dan leka kerana senario ini mungkin juga sebuah lagi sandiwara Barisan Alternatif dimana bertujuan untuk memperlahankan rentak dan gerak kerja jentera Barisan Nasional .